Rabu, Ogos 29, 2012

ZAKAR SUAMI DIPOTONG ISTERI KERANA MENGGATAL DENGAN WANITA LAIN!


Dua kejadian berasingan dilaporkan berlaku di India di mana dua orang isteri yang geram dengan suami mereka yang menggatal dengan perempuan lain, bertindak memotong alat kelakian suami masing-masing.

Jettu Devi, 30, cuba memotong alat kelakian suaminya setelah terserempak dengan suaminya Kaushak Kishor Sing, 30-an, yang sedang berasmara dengan seorang wanita lain di rumah mereka di Katihar, sebuah daerah di negeri Bihar, minggu lepas.

Namun penduduk kampung sempat mengejarkan Singh, seorang peon sekolah ke hospital berhampiran di mana doktor berjaya menyelamatkannya.
"Satu laporan telah dibuat terhadap wanita berkenaan. Dia dibebaskan dengan jaminan dan kini tinggal bersama ibu bapanya. Dia menyerang suaminya dengan objek tajam. Suaminya hanya mengalami kecederaan kecil dan kini sihat," kata Supritendan Anil Kishore Yadav.
Namun nasib tidak menyebelahi Kanu Makwana, 30, apabila alat kelakiannya terpotong habis akibat perbuatan isterinya, Kailasben Makwana, 35, yang juga berpunca daripadanya yang menggatal dengan perempuan lain. Kejadian berlaku di rumah mereka di daerah Amraiwadi di Ahemdabad awal bulan ini.
Si isteri dikatakan telah merancang dengan teliti tindakannnya itu. Dia mengajak suaminya ke dalam bilik tidur selepas makan malam.
Menjangkakan mereka akan berasmara, si suami naik ke atas katil sebelum si isteri mengikat kedua-dua belah tangan dan kaki suami malang berkenaan.
Tanpa diduga, semasa si suami sedang merasa ghairah, si isteri pula dengan perasaan marah bertindak memotong alat kelamin si suami dengan pisau.
"Organ tersebut terpotong dua. Doktor berusaha untuk menyambungnya semula tetapi tidak berjaya. Alat itu terpotong teruk dan alat lelaki itu tidak boleh lagi berfungsi," kata penolong pentadbir hospital awam di Amraiwadi, Dr Gautam Sharma.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-