Rabu, September 26, 2012

Anne Ngasri dan Aliff Aziz sah berpisah!!!!




24 Sep –- Dramatis tempatan, Anne Ngasri mengakui bahawa hubungan cinta yang terjalin antaranya dan kekasih, Aliff Aziz sudah pun putus.
"Benar, saya dan Aliff Aziz kini sudah putus dan masing-masing membawa haluan masing-masing," katanya seperti dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Walaubagaimanapun Anne enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka, sebaliknya menganggap kegagalan cinta kali ini adalah kerana tiada jodoh di antara mereka.
"Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia antara kami berdua sahaja," jawabnya ringkas.
Terdahulu, sisipan akhbar Bpop telah melaporkan bahawa ibu tunggal kepada tiga orang anak ini telah mengesahkan hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura yang terkenal dengan lagu "Sayang Sayang" sudah putus dan menjelaskan keputusan yang dibuat bukanlah atas paksaan keluarga.
Anne dan Aliff sentiasa menjadi perhatian media dan para peminat selepas menjalinkan hubungan sejak awal tahun lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-