Khamis, September 13, 2012

Apakah hukum bomoh membomoh???



Apakah hukum berjumpa @ memohon pertolongan dengan bomoh? Terdapat ramai dikalangan kita hari ini terlalu taksub mempercayai bomoh @ tok nujum daripada mempercayai Allah S.W.T. Ini kerana kurangnya pengetahuan dalam hukum- hukum agama. 

Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib.


Mereka berkata mampu mengetahui perkara ghaib yang akan datang atau yang lepas dgn cara mereka berhubung dgn jin dan sebagainya. Rasulullah s.a.w memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dgn membacakan ayat:

"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman:

"Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah payah berkerja walaupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi s.a.w.Mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka.

Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangankami?" Nabi s.a.w menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib.Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara ghaib) berada dalam neraka."(Hr Tirmizi)

Percaya dgn cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib adalah kufur.

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib,lalu percaya dgn kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)

Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara-perkara yang gaib. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah hai Muhammad ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang ghaib..." (50: al-Anam)

Bomoh-bomoh sekarang mendakwa mereka tahu benda-benda yang ghaib seumpamanya:

1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa perantara syptom2 tertentu dan alat2 moden.

Kebanyakan masyarakat mempercayai kata2 bomoh2 ini. Ini sangat bahaya dan boleh memesongkan akidah mereka . Kita sebagai manusia yang berpegang dengan agama Islam hendaklah menjauhi amalan berjumpa dengan bomoh-bomoh.







0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-