Jumaat, September 14, 2012

Apakah Hukum Seorang Wanita Bergelar Isteri Mengahwini Lelaki Lain???



Di dunia serba moden kini, cerita mengenai isteri bercinta @ berkahwin dengan lelaki lain adalah perkara semakin berleluasa pada abad ini. 
Cinta yang berpegang kepada hawa nafsu hingga tergamak berkahwin seorang lagi lelaki walaupun hingga berkahwin ke negara jiran adalah menjadi cerita hangat dikalangan remaja mahupun yang berumur. 
Apakah hukum berkahwin dengan lelaki lain padahal statusnya adalah isteri orang???Haram bagi seorang lelaki bercinta dengan isteri orang lebih-lebih lagi mengahwininya.Cara bagi mengatasi masalah demikian ialah dengan memusatkan fikiran kita hanya kepada pasangan kita yang telah ditakdirkan Allah kita berkahwin dengannya.
Jangan dilayan berlebih-lebih orang lain selain daripada suami, anak-anak dan ahli keluarga kita.Ingatlah kita hidup di dunia ini tidak lama dan kita akan ditanya tentang amal yang telah kita kerjakan di dunia ini.Ingatlah tanggungjawab kita kepada suami dan anak-anak yang tercinta.
Kenangkanlah jasa baik yang telah dicurahkan samada suami/isteri bagi kebahagiaan rumahtangga yang telah dibina sekian lama. Janganlah difikirkan kerana mengikut hawa nafsu semata-mata. Ingatlah hidup hanyalah sementara. 

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-