Isnin, September 10, 2012

BELANJAWAN 2013 : PENJAWAT AWAM BAKAL TERIMA BONUS 2 BULAN GAJI


PENJAWAT AWAM BAKAL TERIMA BONUS DUA BULAN GAJI | BELANJAWAN 2013 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengharapkan kerajaan memberi bonus paling tinggi kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.





Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-