Ahad, September 23, 2012

CANGGIH!!! CERMIN MATA INI BOLEH TERJEMAHKAN BAHASA!!!!



Canggih!!! Syarikat NEC akan menjual cermin mata tanpa kanta yang berfungsi menterjemahkan perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun pada tahun depan.

Cermin mata yang direka dengan dilengkapi komputer itu akan menyediakan sarikata seperti drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya.
"Anda akan dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar," kata seorang pegawai pemasaran syarikat itu, Takayuku Omino semalam.
Setiap perkataan pengguna akan dirakamkan oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya.
Satu sistem cermin mata yang diberi nama Tele Scouter itu dijual pada harga AS$83,300 (RM285,094). 

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-