Sabtu, September 15, 2012

CANGGIH!!! ROBOT KAWAL BANDUAN DI PENJARA!!!




Canggih.. Itulah yang berlaku di Korea Selatan. Mana-mana banduan yang cuba melarikan diri dari penjara Korea Selatan tidak lama lagi terpaksa berdepan lebih daripada pengawal, rintangan dan menara kawalan.



Kini pihak berkuasa dilengkapi pengawal baru - robot berteknologi tinggi yang mampu mengesan tingkah laku mencurigakan di kalangan banduan.



Tiga robot pertama - setiap satu setinggi 1.5 meter - akan mula digunakan di penjara bandar Pohang awal tahun depan.


Jika pelaksanaannya berjaya, lebih banyak robot akan dihasilkan untuk mengawal penjara Korea Selatan.


Robot itu diprogramkan untuk meronda di kawasan koridor penjara dan memantau keadaan dalam sel, manakala pengesan yang ada padanya membolehkan ia menilai perubahan keadaan banduan - sama ada agresif atau berisiko membunuh diri.


Semua maklumat itu kemudian dimaklumkan kepada pegawai bertugas. Robot itu bergerak menggunakan empat roda dan boleh menghubungkan tahanan dengan pengawal melalui sistem perhubungan terkawal.





Pegawai Asian Forum For Corrections, Prof Lee Baik-Chul, berkata berbanding sistem kamera litar tertutup yang hanya memantau, robot itu diprogramkan untuk menganalisis pelbagai aktiviti dalam penjara.


“Kini robot itu dalam peringkat perapian bagi membolehkan ia kelihatan lebih mesra kepada banduan,” katanya.


SUMBER: METRO

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-