Rabu, September 12, 2012

DITANGKAP LAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA 2 RAKAN ANAKNYA!




Lagun Niguel - Seorang wanita berumur 44 tahun yang berasal dari Laguna Hills telah menghadapi tuduhan melakukan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya dua anggota pasukan hoki remaja yang bermain didalam satu pasukan bersama anaknya, kata pihak berkuasa hari ini.


Kathia Maria Davis telah ditangkap di rumahnya pada hari Rabu kerana disyaki melakukan seks dan kelakuan lucah bersama kanak-kanak yang menyalahi undang-undang, kata Sheriff Jim Amormino, jurucakap Jabatan Orange County. Dia telah dibebaskan selepas perbicaraan ditangguhkan dengan ikat jamin sebanyak USD25,000.


Davis pada mulanya disyaki mempunyai 1 hubungan haram dengan salah seorang rakan anaknya tetapi menggemparkan apabila mangsa kedua telah muncul dan ada yang menyangka boleh jadi ada mangsa ketiga,Amormino berkata sambil menambah bahawa salah seorang rakan anak anaknya tinggal bersamanya selama satu setengah tahun!.

"Daripada kedua-dua kanak-kanak lelaki yang telah melakukan seks dengan Davis, salah satunya di bawah umur 16 tahun dan yang lain adalah di bawah umur 14 tahun", kata Amormino lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-