Rabu, September 26, 2012

LAWAK!!!!. POSMEN UGUT TIDAK MAHU HANTAR SURAT KERANA DISERANG KUCING!!!!



CLAPHAM - Kelakar. Sebuah keluarga diberi amaran bahawa surat mereka tidak akan dihantar selepas seorang posmen diserang oleh kucing peliharaan mereka.
Pegawai-pegawai Royal Mail iaitu perkhidmatan penghantar surat di Britain menulis surat kepada Ken Ridge dengan mendakwa kucing miliknya, Illy telah menyerang seorang posmen.
Ridge yang tinggal di Clapham, London Selatan dengan anaknya berkata: "Kami tidak berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.
"Namun, kejadian itu kelihatan seperti surat tersebut dimasukkan ke dalam peti surat dan tangan posmen itu dicakar."
Menurutnya, Illy merupakan satu-satunya kucing yang dipelihara mereka.
"Kemudian kami menerima sepucuk surat daripada pejabat penghantar surat yang memberi kami amaran bahawa penghantaran surat mungkin dihentikan," kata Ridge.
Surat itu ditandatangani oleh pengurus pejabat itu, Mayo Sonubi dengan berkata: "Saya menulis surat kepada anda untuk memberitahu bahawa pada 6 Jun lalu, seorang posmen kami diserang oleh seekor haiwan peliharaan anda di premis anda ketika dia menghantar surat." 

-SUMBER-

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-