Ahad, September 09, 2012

PELIK!. AKIBAT TERLALU GHAIRAH BERCIUM, GADIS JADI PEKAK!


Gara-gara terlalu ghairah berkucupan dengan kekasih, seorang gadis di wilayah Guangdong, China kehilangan pendengaran.

Wanita dari bandar Zhuhai yang berumur dalam lingkungan 20-an itu kini dirawat di sebuah hospital selepas kehilangan pendengaran di telinga kiri.
"Kucupan mengurangkan tekanan dalam mulut, menyebabkan gegendang telinga ditarik keluar dan merosakkan telinga," kata seorang doktor yang merawat gadis itu, Li.
Beliau memberitahu bahawa pendengaran wanita itu mungkin akan pulih dalam tempoh dua bulan.
Kejadian itu juga menyebabkan akhbar-akhbar di China mengeluarkan amaran kepada penduduk berhubung keselamatan berkucupan.
Akhbar China Daily menyiarkan kenyataan doktor yang menasihati pasangan supaya berhati-hati semasa bercium walaupun aktiviti itu sebenarnya selamat.
Akhbar Shanghai Daily pula menyatakan bahawa ciuman bibir yang terlalu kuat boleh menyebabkan tidak ada keseimbangan tekanan pada telinga dan gegendang telinga boleh pecah.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-