Ahad, September 09, 2012

SAVE MARYAM. 2 JUTA RAKYAT INDONESIA MENINGGALKAN ISLAM SETIAP TAHUN!



Baru saja memasuki Ramadhan, saya berasa terkejut dengan satu emel memaparkan videoYoutube bertajuk Save Maryam mengenai dakwaan hampi dua juta rakyat Indonesia meninggalkan Islam untuk menganuti Kristian setiap tahun!!!!.

Sungguh menakjubkan melihat video selama 4:48 minit itu yang sudah pun dilayari lebih daripada 300,000 orang sejak ia dimuat naik di You Tube minggu lalu. Dikatakan begitu ramai umat Islam memasuki Kristian, Kumpulan Crisis Antarabangsa meramalkan menjelang 2035, Indonesia tidak lagi akan menjadi sebuah negara majoriti Islam.



Dikatakan juga pihak gereja disana amat aktif menarik umat Islam, kebanyakannya rakyat miskin dengan memberi bantuan kewangan mengumpan mereka memasuki Kristian, selain daripada usaha mengaburi rakyat dengan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil yang diterjemahkan kepada bahasa Indonesia dan diedarkan secara meluas.


Mereka juga menggunakan istilah solat dan imam, selain sengaja mengubah hari ke gereja dari Ahad kepada Jumaat untuk mengaburi penduduk Islam, khususnya yang cetek pengetahuan mengenai agama atau yang tidak mendalami ajaran Islam dan lebih dikenali sebagai Islam hanya pada nama.


Mereka juga giat mengadakan konsert untuk menarik minat muda mudi menyertainya dan dalam masa sama, menyelitkan bibit ajaran Kristian dengan menyamar seperti Islam menggunakan istilah seperti yang digunakan orang Islam. Kumpulan ini juga dikatakan sudah menyediakan saluran televisyen Kristian 24 jam bagi memaparkan kebaikan agama itu dan kenapa ia perlu dianuti. Saya paparkan bersama dengan video "Save Maryam" yang saya perkatakan tadi.



Usaha mengkristiankan rakyat Indonesia ini sudah diberi liputan oleh majalah antarabangsa, Time pada April 2010 dengan tajuk Gelombang Penganutan Kristian di Indonesia yang memaparkan bagaimana masyarakat Islam Indonesia dipengaruhi pihak Kristian Pantecostal dan Kristian Evangelical melalui kerja mereka dengan mendekati masyarakat, khususnya yang miskin.Majalah itu juga menyebut bahawa mengikut bancian penduduk Indonesia pada 2000, tidak sampai 10 peratus daripada penduduknya menganut Kristian walaupun angka itu dipertikaikan ramai pemimpin Kristian yang mendakwa penduduk Kristian Indonesia lebih ramai daripada angka yang dinyatakan. Kini sudah meningkat dengan ketara.Disebutkan juga bagaimana pada awal 1960 satu kawasan Temanggung di Jawa Tengah tidak mempunyai satu gereja pun tetapi kini sudah mendirikan lebih 40 gereja dan di Jakarta sendiri gereja raksasa sudah un didirikan sebagai sebuah yang dikenali sebagai "Reformed Millineum Centre" yang boleh memuatkan lebih dari 4500 penganut dalam satu masa dan juga mendirikan patung Jesus terbesar di Asia iaitu di Menado. Sulawesi pada 2007.Jika terjadinya perkara ini di Malaysia secara besar-besaran, apa yang patut dilakukan oleh orang Islam dan pihak berwajib yang mendukung Islam untuk menangani usaha kebajikan Kristian itu?. Orang Islam sendirilah yang seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan pihak Kristian yang aktif menjalankan kegiatan kebajikan menolong orang yang memerlukan bantuan termasuk orang Islam yang menagih dadah atau dilanda penyakit HIV/AIDS hingga diabaikan keluarga tetapi mendapat perhatian dan bantuan pihak gereja.Pada pendapat saya, bagi orang Islam sendiri khususnya mereka yang arif tentang ajaran agama, tidak harus menumpukan kegiatan kepada memberi syarahan di masjid atau surau sahaja tetapi harus cuba mendekati penduduk Islam yang cetek pengetahuan mengenai agama. Merujuk usaha licik sepertimana yang pernah dilakukan gereja Methodist di Damansara Utama melalui huluran bantuan makanan seharian dan bantuan lain kepada orang Miskin. Pihak Kristian diketahui membudayakan kerja kebajikan sebagai satu desakan tanggungjawab untuk menarik orang menganut agama mereka.Sila kongsi post ini untuk diperhalusi kita semua sebagai umat Islam di Malaysia agar dapat dijadikan iktibar terhadap apa yang berlaku kini di Indonesia seperti yang diperkabarkan. Tidak salah rasanya bagi pihak gereja menjalankan kerja kenajikan tetapi mereka tidak seharusnya menggunakannya untuk mempengaruhi orang Islam yang menerima bantuan itu untuk meninggalkan Islam dengan memasuki Kristian sepertimana yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan. Mengingatkan lebih baik dari langsung tidak melakukan apa-apa. 

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-