Sabtu, September 15, 2012

Tahukah Anda Bahaya Rokok Elektronik???


Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau, seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.


Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI Sumber Utusan 
 

17 comments:

Beli Rokok d sini berkata...

anda cari rokok ??
http://eliquid-cheras.blogspot.com

fredd berkata...

thanks sharing

Tanpa Nama berkata...

Merokok memang memudaratkan... but need to remember the different between the real cigarettes & the electronic cigarettes. People always inquiry about second smoker got the worse. electronic cigarette the answer. No tar was another thing.

Azlan Strider berkata...

Quote"Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya."

Belum Pasti..yang pasti merokok dengan tembakau lebih memudaratkan...

Regards,
-Strider-

Tanpa Nama berkata...

Senang-senang tak yah merokok. Taklah susah payah nak pikir pasal kesan2nya.

znh design berkata...

ini rokok xkena cukai mmg memudaratkn..

Ryu Ha-dou-ken berkata...

Sejak saya guna e-cig 3 tahun dahulu ( 2009 ), ternyata lebih selesa berbanding rokok tembakau. Buktinya dada saya tak rasa sebu seperti hisap rokok tembakau.
Ia memang akan merosakkan paru-paru, tapi jauh lebih lambat daripada rokok tembakau.

znh design memang betul, rokok x de cukai memang memudaratkan.

Ryu Ha-dou-ken berkata...

Sejak saya guna e-cig 3 tahun dahulu ( 2009 ), ternyata lebih selesa berbanding rokok tembakau. Buktinya dada saya tak rasa sebu seperti hisap rokok tembakau.
Ia memang akan merosakkan paru-paru, tapi jauh lebih lambat daripada rokok tembakau.

znh design memang betul, rokok x de cukai memang memudaratkan.

Tanpa Nama berkata...

- AGENSI Sumber Utusan ?? (ni gomen punya SUMBER!!)

Tanpa Nama berkata...

Rokok lah penyumbang cukai terbanyak barangan pengguna

Tanpa Nama berkata...

Penyelidik kata belum pasti tapi gomen kata bahaya ... pasal tak dapt cukai tuuu

Tanpa Nama berkata...

kerajaannnnnn....

Tanpa Nama berkata...

Bahaya tetap bahaya...tapi klu nak brhnti slow2 bleh la...try je

Zulkefly Awang berkata...

Kalau sykt kroni jadi pengedar sah tak bahaya..

Zulkefly Awang berkata...

Kalau sykt kroni jadi pengedar sah tak bahaya..

Tanpa Nama berkata...

haha benda takda cukai semua bahaya weh..

kimi yors berkata...

rokok menyebabkan banyak penyakit.........baek takyah merokok

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-