Selasa, September 18, 2012

TerMahal!!! Jam tangan model 5002P Sky Moon Tourbillon




WoW!!! Sebuah jam platinum jenama eksklusif, Patek Philippe berjaya dijual dengan harga rekod menerusi lelongan awam sebanyak AS$1.49 juta (RM4.69 juta).

Jam tangan model 5002P Sky Moon Tourbillon dengan dua permukaan dianggap sebagai jam tangan paling canggih yang pernah dihasilkan oleh pereka jam Swiss itu.
Ia direka dalam dua warna iaitu platinum dan merah jambu keemasan serta hanya dua utas jam seperti itu direka setiap tahun.
Menurut jurucakap pusat lelongan Sotheby, Vanessa Herrera, jam tangan yang direka pada tahun 2003 itu telah dibeli oleh seorang pembeli yang dirahsiakan identitinya.
"Para pelanggan kami memasuki pasaran di Asia sebagai pasaran paling tinggi dan jarang dimiliki seperti jenama Patek Philippe," katanya.
Selain itu, harga tertinggi seutas jam tangan yang pernah dicatatkan sebelum ini ialah jam tangan Vacheron Constantin model Tour de l'Ile yang lelong sebanyak AS$1.4 juta (RM4.4 juta) pada tahun 2005 di Antiquorum, Gneneva. 

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-