Jumaat, September 14, 2012

WANITA TERKEJUT MENGANDUNGKAN SEEKOR ULAR!



Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandung seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan!. Tentu kejadian ini sangat aneh dan membuatkannya menjadi bingung. Apatah lagi dalam keadaannya yang hidup dalam kemiskinan.


Apabila merasakan perutnya membuncit,dia telah menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.


Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.

Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan! .

Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya!.
Bibi merasakan kejadian aneh bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.

Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.

Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.



0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-