Selasa, September 18, 2012

WoW!!! HEBAT!. JEPUN HANTAR BENIH POKOK CERI KE ANGKASA!!!!




WOW!!!!  Jepun yang terkenal sebagai pembekal utama buah ceri bakal menghantar benih pokok berkenaan ke angkasa lepas.


Beberapa pegawai berkata, Agensi Penjelajahan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) telah meluluskan satu projek untuk menghantar benih-benih pokok ceri ke sebuah makmal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Sebuah syarikat gergasi, Japan Manned Space Systems Corp., yang beribu pejabat di Tokyo bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap benih tersebut selama setengah tahun di angkasa lepas.
Jurucakapnya, Yuko Otake berkata, ia bertujuan untuk melihat sama ada tekanan graviti rendah mampu memberikan kesan terhadap benih tersebut.
"Masalah pemerhatian saintifik adalah satu sebab namun, kami juga mahu biji benih itu menjelajah ke angkasa," katanya.
Benih itu akan dihantar ke angkasa pada Oktober depan dan dijangka kembali ke Bumi pada awal tahun depan.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-