Jumaat, Oktober 26, 2012

AKIBAT TIDAK TAHAN ASYIK DIMINTA BERHUBUNGAN SEKS, RAKAN BUNUH RAKAN!!!




Makassar:- Pembersih emas di salah satu kedai barangan perhiasan di Jalan Sulawesi, Kota Makassar, Robert alias Obet berusia 16 tahun ditahan kerana  membunuh rakan sekerjanya.

Tindakan jahatnya itu terbongkar dan sepasukan polis Polres Pelabuhan Makassar, terus melakukan operasi dan menahannya.



Berdasarkan bukti-bukti awal yang didapati, Robert telah membunuh rakan sekerjanya yang bernama Ana, 28 tahun. Ketika disoal siasat di Polres Pelabuhan, Robert mengaku berdendam kepada mangsa tetapi merasa amat kesal atas kelakuan mangsa terhadap dirinya.

Mangsa yang berasal dari daerah Tana Toraja, sering meminta Robert untuk memuaskan nafsunya dengan melakukan hubungan seks sepertimana pasangan  suami-isteri. "Saya kesal kerana dia sering memaksa dengan merayu saya untuk menunaikan nafsunya," kata Robert.

Selain itu, dia juga muak dengan layanan Ana yang sering memerintahnya sesuka hati dan pemalas. Kerana alasan itu, suspek nekad untuk membunuh mangsa dengan cara mencekik mangsa dengan menggunakan sarung tangan di tingkat tiga kedai.

Menurut jurucakap Polres Pelabuhan, AKP Sukri Arham ketika ditemui di pejabatnya mengatakan, mangsa dibunuh dengan cara dicekik. "Saat itu mangsa sedang tertidur di biliknya. Suspek kemudian melihat dan masuk ke bilik mangsa kemudian mencekiknya. Setelah dicekik, suspek kembali ke biliknya dan berpura-pura tidur kembali," kata Sukri.

Namun suspek merasa tidak tenang dan kemudian memberitahu majikannya yang Ana telah mati di biliknya. Pemilik kedai kemudian melaporkan kejadian tersebut ke Polres pelabuhan yang segera tiba di lokasi kejadian.

Atas perbuatan suspek, Sukri menambah, pihaknya telah mengambil sepasang sarung tangan yang digunakan untuk membunuh  mangsa sebagai barang bukti. 



"Atas perbuatannya, suspek dihukum mengikut Pasal 338 Subsider 340 KUHP kerana kesalahan pembunuhan yang dirancangkan dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara,"  kata Sukri.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-