Selasa, Oktober 09, 2012

FAKTA!!!. LELAKI MEMBELI SELUAR DALAM UNTUK MEMIKAT WANITA???


Dalam satu tinjauan dan kajian oleh rangkaian gedung beli-belah ternama Britain, Debenhams mendapati, lelaki membeli seluar dalam untuk memikat wanita.

Kajian itu turut mendapati, golongan lelaki secara purata menyerahkan segala urusan pembelian seluar dalam mereka sendiri kepada ibu sehingga mereka mencapai usia 19 tahun.
Ia berbeza dengan wanita yang mula membeli ketika berusia 13 tahun sebaliknya lelaki yang baru berbuat demikian pada umur 19 hingga 23 tahun bertujuan untuk mencari pasangan hidup.
Ketika tempoh itu, lelaki sanggup membeli sehingga 31 pasang seluar dalam setahun kerana percaya kononnya memakai seluar dalam baru merupakan syarat penting untuk menjalinkan hubungan dengan wanita.
Namun, lelaki didapati kurang membeli seluar dalam semasa berumur antara 23 dan 33 tahun kerana hubungan dengan pasangan waktu itu dianggap sudah stabil.
Mereka dalam kumpulan umur tersebut menyerahkan hal berkaitan pembelian seluar dalam baru kepada teman hidup.
"Kajian kami menunjukkan, kita boleh mengenali lelaki yang sedang mencari pasangan dengan melihat jumlah seluar dalam dibeli, kata ketua aksesori lelaki di gedung beli-belah Debenhams, Rob Faucherand.
Jika lelaki membeli lebih 31 pasang seluar dalam setahun, ia menunjukkan dia masih terdesak untuk mencari teman atau belum mempunyai sebarang teman wanita.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-