Sabtu, Oktober 13, 2012

KAYA!!!. HARTA PEMILIK MANCHESTER CITY, SHEIKH MANSOUR SEBANYAK RM3.3 TRILION!!!


Pemilik kelab bolasepak Manchester City (Man. City), Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan (gambar) ialah saudara lelaki kepada pemerintah Abu Dhabi, wilayah terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Keluarga diraja Abu Dhabi itu dilaporkan memiliki kekayaan yang amat besar sehingga mencecah £555 bilion (RM3.3 trilion) menerusi Dana Harta Diraja Abu Dhabi.
Kekayaan keluarga diraja itu nyata bukan tandingan pemilik-pemilik kelab Liga Perdana Inggeris lain termasuk tuan punya Chelsea, Roman Abramovich dengan anggaran kuasa membeli berjumlah £11.7 bilion (RM71.5 bilion).
Aset Sheikh Mansour, 42, dilaporkan melonjak berikutankenaikan mendadak harga minyak global pada dua tahun lalu..
Beberapa laporan menyebut setiap kali harga setong minyak mentah meningkat satu dolar, Abu Dhabi memperoleh untung harian tambahan sebanyak AS$500 juta (RM1.7 bilion).
Beliau membelanjakan £210 juta (RM1.2 bilion) menerusi konsortium Abu Dhabi United Group, bagi membeli 90 peratus kepentingan dalam Manchester City daripada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra baru-baru ini.
Wakil konsortium Abu Dhabi itu, Dr Sulaiman al-Fahim berkata, pembelian kelab bola sepak itu seiring dengan minat Sheikh Mansour yang meminati bidang sukan dan memiliki 300 ekor kuda lumba selain menjadi pengerusi kelab bola sepak Al-Jazeera di UAE..

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-