Khamis, Oktober 11, 2012

PELIK!!!.RESTORAN MAKANAN BERASASKAN TANDAS!!!



Pelik!! Tapi itulah kenyataannya.Berbagai cara dilakukan pengusaha kulinari untuk menarik pengunjung menyantap hidangan di restorannya. Selain menu makanan lazat dan unik, mereka juga memberikan suasana unik malah jarang sekali dapat dilihat.

Seperti restoran ‘Modern Toilet’ di Taiwan ini. Sesuai namanya, restoran ini menawarkan sensasi makan dalam suasana di toilet. Mulai dari suasana dalam restoran, perabot hinggalah kepada nama-nama menu.
Ruangan dalam restoran direka menyerupai toilet. Meja makan berupa tab mandi  yang ditutupi dengan sekeping kaca. Kerusi berbentuk tandas duduk. 
“Ini hanya untuk menaikkan kesan dari rekaan dalaman restoran tetapi saya jamin semua makanan kami bersih dan sihat,” kata pengurus Modern Toilet, Chen Min-kuang kepada Times.

Sementara pinggang mangkuk terdiri dari bermacam bentuk. Mulai mangkuk berbentuk tandas duduk, piring berbentuk penutup tandas, gelas berbentuk mangkuk buang air kecil hingga mangkuk sup berbentuk tandas duduk.
Demi menguatkan kesan menjijikkan, restoran itu sengaja menampilkan nama-nama menu yang membuat perut terasa mual. Sebut saja, diarrhea with dried droppings (coklat), bloody poop (strawberry), green dysentery (kiwi). Bahkan, mereka juga menawarkan ais krim berbentuk tahi manusia.
Pemiliknya adalah Wang Zi Wei, seorang bekas pekerja bank yang berasal dari  Taiwan. Dia mendapat idea gila itu setelah menonton filem kartun robot Jepun ‘Jichiwawa’, di mana watak di filem itu sangat suka bermain dengan kotoran.
Setelah membuka ‘Modern Toilet’ pada 2004, perniagaannya terus berkembang. Dia kemudiannya membuka cawangan ke kebanyakan bandar di Taiwan. Bahkan restorannya kini boleh ditemui di China dan beberapa negara di Asia.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-