Selasa, Oktober 09, 2012

Safee Sali tidak kenal siapa Julia Hana!!!!



8 Okt – Pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Safee Sali menafikan bahawa dia kini sedang bercinta dengan aktres jelita Julia Hana.
Kisah percintaan mereka mulai dihidu pihak wartawan apabila ada sumber memberitahu mereka ada bercuti bersama di pulau peranginan Langkawi baru – baru ini.
Dipetik dari laporan Murai, Safee yang juga pemain bola sepak di Liga Super Indonesia, Pelita Jaya terkejut apabila diminta mengesahkan berita itu.
"Terkejut juga saya dengar berita ini, namun tidak mengapa saya anggap ini semua pengalaman baru. Lagipun selama 28 tahun saya hidup, saya tidak pernah mengenali siapa Julia Hana."

Ujar Safee Sali lagi, mungkin mereka menjumpai pelanduk dua serupa yang mirip wajahnya.
"Mungkin mereka jumpa muka seakan – akan saya. Tidak mungkin saya yang mereka jumpa kerana saya tidak pernah kenal siapa wanita tersebut apatah lagi pergi bercuti dengannya,"jelas Safee Sali.
Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu menganggap faktor statusnya yang kini menduda juga mungkin menjadikan spekulasi itu lebih sensasi.

"Buat masa ini, saya mahu fokus dengan karier saya dahulu. Setakat ini, perancangan kearah perkahwinan masih belum ada."
Walaupun dalam kesibukan bekerja, Safee berkata dia tidak pernah mengabaikan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, Sabrina Yusof. Sementara itu, Safee tidak menolak dakwaan yang mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati yang baru.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-