Rabu, Oktober 17, 2012

TAHUKAH ANDA KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK ANAK DAN WANITA!



Susu ibu! Tiada susu yang lebih baik daripada susu ibu. Bayi sepatutnya diberi susu badan sebaik sahaja dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

Ini kerana proses penyusuan badan dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada hidup yang lebih bermakna.
Banyak kelebihan yang boleh didapati daripad
a menyusu badan. Antaranya, proses ini mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan darah haid.
Lebih menarik, ibu dapat mengurangkan berat badan melalui penyusuan badan. Justeru, saya tidak faham mengapa masih wujud tanggapan menyusu badan boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.
Perlu diketahui, setiap wanita mengalami penambahan berat badan sebanyak 12 kilogram ketika hamil. Terdapat juga, sesetengah wanita hamil mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa. Jadi, penyusuan susu badan sangat membantu.
Atas faktor tersebut, kajian mendapati, wanita lebih cenderung mengambil pemakanan tambahan untuk mengekalkan bentuk badan. Padahal, wanita hamil lebih digalakkan mempraktikkan diet seimbang.
Ini kerana pengambilan makanan tambahan secara berlebihan dan diperbuat daripada ramuan yang tidak sesuai, boleh menjejaskan kesihatan dan air susu ibu.
Selain itu, penyusuan susu badan membantu menstabilkan endometriosis wanita selepas bersalin. Endometriosis merupakan kondisi di mana tisu lapisan yang sepatutnya kekal di uterus, berada di bahagian lain.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Sekiranya, selama lapan bulan ibu menyusukan susu badan kepada bayi maka tulang mereka akan menjadi semakin kuat.
Penyusuan susu badan dapat mengelakkan wanita daripada mengalami penyakit kronik seperti kanser payu dara, kanser ovari dan kanser endometrial. Namun begitu, kanser payu dara masih boleh didapati sekiranya ahli keluarga mengalami penyakit yang sama.
Ada pendapat yang mengatakan jika ibu tidak menyusukan anak, maka susu badannya boleh menyebabkan kanser payu dara. Pendapat tersebut disangkal oleh Dr. Seri Suniza. Ini kerana tanggapan itu adalah mitos semata-mata.
Merungkai persoalan mengenai kesan susu ibu akibat proses bertungku, urutan dan bengkung selepas bersalin, proses-proses itu tidak mendatangkan sebarang impak buruk. Sebaliknya, ia melancarkan peredaran darah.
Namun, pengambilan jamu atau makanan tambahan sebarangan tidak digalakkan kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan susu ibu tetapi juga bayi. Misalnya, ruam di bahagian mulut dan pipi bayi berpunca daripada masalah itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-