Selasa, Oktober 09, 2012

TAHUKAH ANDA SEBAB KENAPA ATLET TERJUN AKAN MANDI AIR PANCUT SELEPAS MELAKUKAN TERJUNAN!!!!



Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya kenapa atlet terjun akan mandi air pancuran setiap kali selesai melakukan terjunan?.


Setelah menyempurnakan satu terjunan, para atlet dilihat akan berenang menuju ke tangga, mendaki naik, keluar dari kolam renang dan menuju ke tempat air pancuran.
Kadang-kala mereka menunggu untuk menerima markah ketika sedang mandi air pancuran.
Ada teori menyatakan atlet berbuat demikian untuk membersihkan klorin yang terdapat pada air kolam renang dan ada juga yang berpendapat ia sekadar berseronok.
Bagaimanapun, menurut juara terjun Olimpik China, Tian Liang, mereka sebenarnya melakukannya untuk memastikan otot-otot mereka sentiasa panas selepas keluar dari dalam kolam renang.
Biasanya, terdapat perbezaan antara suhu dalam kolam renang dan suhu di udara. Suhu dalam kolam renang biasanya kira-kira 27 darjah Celsius, sedangkan suhu di udara biasanya antara 20 hingga 22 darjah Celsius.
Perbezaan ini boleh menyebabkan otot menjadi tegang. Untuk mencegahnya, para penerjun perlu memanaskan badan sama ada dengan mandi air pancuran atau berendam dalam tab mandi air panas.


0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-