Isnin, November 05, 2012

WANITA DISARAN BELAJAR TEKNIK PERTAHANKAN DIRI...




3 November - Bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah berlangsung ‘A Women Personal Defense Programme’ di mana program ini adalah satu daripada pendekatan Polis Diraja Malaysia mendidik golongan wanita supaya lebih sedia menghadapi dan mengawasi persekitaran daripada menjadi mangsa jenayah.

“Ia bukanlah program untuk menjadikan kita seorang yang kuat, tetapi untuk kita menjadi seorang yang bijak dalam menghadapi situasi kecemasan”, ujar Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Hj. Tun Hisan b. Dato’ Hj. Tun Hamzah.

Program tersebut telah dihadiri oleh hampir 120 orang wanita bekerjaya, pertubuhan wanita serta ahli komuniti penduduk sekitar Selangor.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-