Jumaat, Mei 10, 2013

Ketua Polis Negara Bersara Wajib...




PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah.

Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.

Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Adalah diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


Sumber : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-