Jumaat, Mei 17, 2013

- Pelik!!!! Kerbau Dijadikan Haiwan Peliharaan Dan Di Bela Di Dalam Rumah! -





Kerja giler!!! Anda bayangkan Kerbau Dijadikan Haiwan Peliharaan Dan Di Bela Di Dalam Rumah!  SEEKOR kerbau sepanjang 8 kaki dan tinggi 6 kaki yang diberi nama Bailey Junior bagaikan selebriti di sekitar pekan Spruce Grove di Alberta Kanada.

Haiwan seberat 1,820 pound (826 kg) itu barangkali merupakan haiwan terbesar di dunia yang pernah menjadi haiwan kesayangan manusia. Malah ia turut dibela di dalam rumah.

Jim dan Linda Sautner mula memelihara Bailey sejak ia kehilangan ibunya. Kerbau berwarna hitam itu diberikan susu botol sedari kecil lagi dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.

Kini kerbau berusia 3 tahun itu turut dibawa bersiar-siar ke seluruh pekan dan bandar bertemu dengan rakan-rakan Jim, malah turut dibawa ke bar untuk minum beer bersama tuannya.


Jim turut mengubahsuai keretanya bagi membolehkan kerbau kesayangan keluarganya itu dibawa bersiar-siar dengan kereta. Keretanya diubahsuai agar mampu menampung ruang dan berat Bailey.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-