Selasa, Mei 07, 2013

Pengguna facebook hina Nabi Muhammad SAW!!!!




SHAH ALAM :– Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam.
Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog.
Antara statusnya ditulis, “Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH…”.
Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan.
Namun individu dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak kisah ini disebar melalui mediaelektronik mahupun cetak.
Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam.

“Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama..
“Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri,” katanya.
Sumber : http://www.akhbarmetro.com , Sinar


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

apa lah nak jadi..... huh...

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-