Rabu, Mei 08, 2013

Tahukah Anda Bahaya SHISHA 400 Lebih Teruk Daripada Rokok!





Pernahkah anda tahu bahaya menghisap SHISHA yang kini berleluasa di MALAYSIA.. SHISHA yang terkenal di negara Arab kini menjadi TREND kepada anak muda zaman sekarang. Apakah bahaya menghisap SHISHA? Teruskan bacaan anda.

  • Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk SHISHA diperam.
  • SHISHA adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok, juga dikenali 'gelembung Hubble', amalan popular di Asia Barat
  • Air di dalam SHISHA tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap selain turut mengandungi nikotin, karbon monoksida dan bahan lain seperti rokok biasa. Arang digunakan mendapdalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa.
  • Penghisap SHISHA atau tembakau herba berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Ia disebabkan, dalam satu sesi menghisap SHISHA memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida berbanding semasa menghisap rokok tembakau. Tingginya kadar karbon monoksida ini berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.
  • Perkongsian paip SHISHA mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit berjangkit biasa kita dengar ialah TIBI (batuk kering). Tidak hairanlah jika kes TIBI di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
  • LAporan pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut SHISHA berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya lebih tinggi daripada rokok.
  • WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan SHISHA


0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-