Isnin, Mac 24, 2014

Antara Putih Telur Dan Kuning Telur Yang Mana Lebih Bagus Sebenarnya???


Pernahkah anda tahu khasiat kuning dan putih telur?
Saya rasa memang dah lama kita semua memikirkan mana satu yang lebih sihat, putih telur atau pun kuning telur? Kadang-kadang ada artikel yang memberitahu putih telur lebih baik, kerana kurang kolesterol berbanding kuning telur. Tapi ada juga artikel yang memberitahu kuning telur pula lebih sihat, kerana mengandungi bahan yang tidak ada pada putih telur. Hmm.. Jom kita tengok semua kandungan dan khasiat yang ada pada putih telur dan kuning telur. 



Kolesterol
Kuning telur rata-ratanya mengandungi 210 mg kolesterol, manakala putih telur pula tidak mengandungi kolesterol langsung. Namun pengambilan 210mg kolesterol untuk sehari masih dikira ok berbanding pengambilan sepatutnya, iaitu 300mg sehari.
Lemak
Telur kuning mengandungi 1.6g lemak tepu dan 2.7g lemak tidak tepu. Putih telur tidak mengandungi lemak. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan perlu dikawal bagi mengurangkan risiko sakit jantung, namun pengambilan lemak tak tepu adalah penting. Ini kerana ianya memainkan peranan penting dalam sesebuah diet yang sihat.
Protein
Kedua-dua bahagian telur iaitu putih telur dan kuning telur mengandungi protein, dengan 4g di dalam putih telur dan 2.7g di dalam kuning telur. Kandungan protein di dalam sebiji telur adalah dianggap lengkap dan menyediakan sepenuhnya keperluan asid amino untuk badan. Protein juga membantu mengurangkan rasa lapar, sekaligus menghalang daripada tabiat terlebih makan.
Vitamin dan Garam Mineral
Sesetengah vitamin dan garam mineral yang baik terkandung dalam kedua-dua bahagian telur. Putih telur mengandungi 8% riboflavin yang diperlukan badan. Kuning telur pula mengandungi 5% keperluan badan untuk Vitamin A, 14% Vitamin B-12 yang diperlukan dalam keperluan seharian. 
Sekali dilihat kuning telur seperti mempunyai kandungan bahan yang lebih tidak menyihatkan, sebenarnya kuning telur juga mempunyai bahan tambahan lain yang lebih baik untuk kesihatan. Contohnya kuning telur juga mengandungi lecithin dan lemak omega-3 yang sihat.
Lecithin selalunya disyorkan untuk orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, manakala lemak omega-3 pula disyorkan bagi merawat masalah yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Selain itu, kuning telur juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral penting yang tiada dalam putih telur, termasuk vitamin larut lemak: E, D dan K. Kuning telur juga merupakan salah satu sumber semulajadi utama bagi mendapatkan Vitamin D.
Kesimpulannya, memilih bahagian telur yang disingkirkan hanya akan memberikan kesan negatif untuk kesihatan. Apatah lagi setiap bahagian telur, sama ada putih telur atau kuning telur masing-masing mempunyai kandungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sekalipun kuning telur mengandungi kalori, lemak dan kolesterol, tetapi juga ia merupakan sumber utama bagi vitamin dan mineral penting yang lain. 
Bahagian yang paling sihat untuk sebiji telur? Semuanya!

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Menarik Hari Ini :-